Anda seorang manusia bukan? nak tau tak info menarik tentang manusia yang kadang-kadang kita pun tak tau...jom baca..
1. Lelaki 30% lebih kuat dari wanita dalam rata-rata, terutama tubuh bahagian atas, dan otak lelaki lebih berat dari otak wanita.
2. Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
3. Manusia yang sihat mempunyai 6,000 milion molekul haemoglobin ( sel darah merah) dalam badannya.
4. Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
5. Sel darah dalam tubuh manusia mengambil masa 60 saat untuk menyempurnakan kitaran darah.
6. Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detik jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
7. Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
8. Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.” ( Tapi..kenapa kaum bapa selalu tak nak bangun ye?)
9. Kalau korang menggosokkan bawang ke kaki, sekitar 30 – 60 minit, korang akan dapat merasakannya. Ini kerana bawang tersebut mengalir melalui aliran darah.
10. Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen yang digunakan oleh badan manusia
11. Jantung anda berdegup kira-kira 100,000 kali sehari, 36,500,000 kali setahun dan lebih berbilion kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun.
12. Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang dewasa berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit.
13. Nyamuk lebih cenderung menghampiri perempuan kerana nyamuk tertarik dengan bau estrogen( hormon yang dihasilkan dari tubuh perempuan)

No comments:
Post a Comment